Assalamualaikum....



azora
October 7th 1929  (Age 80)
Female
Morocco





   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


Laman D'KriStaL

cute
ning_only04


Laman e-bidadari.com







Org yg mengOrats haku.


::   ERTI SYUKUR  ::

Lafazkan kalimah syukur...

Lafazkan kalimah itu....

Alhamdulillah...

..Segalanya yang ku kecapi..

Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-

Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah ..

Kenikmatan yang bertandang...

Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -.....

Dan bila hilang barulah dikesalkan..

Adakalanya aku hanyut.....

Adakalanya aku terlupa......

Adakala aku leka.

AMPUNILAHHH....

Kerana ku manusia...

Lemah dan tidak berdaya di sisiMu

Seringkali terlupa nikmatMu Datang tiada jemu ...

Bila terhimpit mulalah

Mencari dan menyebut namaMu..

Barulah merasai makna sebenar erti syukur..

Syukur atas rahmatMu...

Adakala ku hanyut.....

Adakala ku terlupa......

Adakala ku leka..dan adakala ku alpa

Kerana ku manusia...

Lemah dan tidak berdaya

Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia...

Ku bersyukur ya Tuhan

Segala pemberian..

Walau seluas lautan..bukanlah perbandingan

Ku tingkatkan keimanan...

Ku gilap ketaQwaan..

Sebagai perlambangan TERIMA KASIHku Tuhan

Onak duri kehidupan...

Jatuh bangun sendirian..

Ada hikmah yang tersimpan..

Yang menguji iman...

Bersyukurlah selalu..

Sentiasalah redha dan menerima..

Tiap ujian tiba bukan diminta Sebaliknya Allah Maha Mengetahui...

Kan ku bertasbih selalu..

Bertahmid berzikir padaMu...

Sebagai tanda ku nilai RahmatMu Tuhan..

Aku bersyukur Ya Allah

Segala pemberianMu pada ku...

Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya..

Memang tiada bandingan..

Segalanya yang ku kecapi...

Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-..

Bukan miliku

pinjaman sementara...

Syukur ALLHAMDULILLAHH...

Sesungguhnya solatku, Amalku, hidupku, matiku Kerna Allah yang satu Kuserahkan segala harta jiwa dan raga Sebagai tanda cinta KepadaMu Yang Esa...










++Blog mySpace ++


++BugBear++
++LaDyEowynn++


++Blog FriendSter++


++LiZa++
++nIng++
++BeEy++


++BlogSpot++


++Timmy++



Biar -Rossa-

JEMPUT LAHH KE rumah DORG skali...heheh






++BlogDrive KawanKU++


++sumPitt+NurKOpi++
++nUrDia+LLia++
++cikGuiZza+cyDa++
++anNi+deQna++
++Luv3071+naZmah++
++anaZs+DakkaP++
++tawOnDas+m_kEy++
++BuntaL+Lylynn++
++DaUn KerIng+w0n++
++KeBayan+abgGonjoL++
++ZaiDi2+reDza++
++aDiaNa+OcHee++
++aNakIkan+kObeS++


++GamBa-GamBa++


++sYaShA++





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, May 01, 2009
After ice rain in South China


Cantekkannn..........???..!!!





















Posted at 07:15 am by azora
Make a comment  

Friday, February 20, 2009
AzUra vs AzOra -- OK tak??

sebenarnya terngiang-ngiang ditelinga akan lagu Azura. Lama terngiang, rasa cam best pulak lagu ni. Dulu tak pernah suka pon. Masa kat citcat dulu, kalo orang nyanyik laguu ni, saya cam tak suke.. Sekarang ni dah suke yek...hahahahaaa.. Tu pasal cari lagu ni tepekkk plak tu kat sini.. aduhhaii..

kalau tengokkan dengan add blog ni, memang sebijik sebutannya. Cuma saya menggunakan hurup O tapi kire ok le tuh kan kan kan... ahakss...

Saya masih lagi disini sebenarnya.. cuma tetiba je cam berubah. Kalau dulu membahasakan diri dalam tulisan sebagai 'aku', tapi sekarang ni dah bertukar kepada 'saya'....hahahaha kelakar pulak rasa. Ntah, macam dah terbiasa sebab selalu berdepan dengan orang-orang baru ni terpaksa berbahasakan diri 'saya' laks.. sampai terbawak-bawak dalam tulisan. Tempat baru sedikit mengubah keadaan saya. Takde la banyak sangat pon, lebih kurang camtuh je las...

Saya taktau la nak citer apa kat sini. Sekadar menitipkan sedikit cerita tuk kawan-kawan. Atuk dah bertanya sampaikan dia mintak add blog ahahahaa...padan muka atok.. Dia ni ntah sapa-sapa. Tak kenal pun... huhu..

Lagu Azura untuk diriku ini...ahaks..
Jangan jelesss..... Wink




Posted at 09:55 pm by azora
Make a comment  

Saturday, December 27, 2008
Jelesnyee...

Jelessnyee tengok gamba kedai pochee... bila lah aku akan menjadi sepertinya?? hehehehe..

Lamanya aku tinggalkan blog ni heheheh...aii tak lama lagi dah nak masuk bulan Muharram. Masa ni tingat laks masa skolah-skolah dulu. Rindunya pada zaman persekolahan dulu apalagi aku masa balik kampung haritu, jumpa kawan-kawan lama. Kawan aku masa skolah menengah dulu. Teringat bila ada program-program macam ni....mmm...

Masa jumpa dorang haritu, aku saja je nak balik cepat. Apalagi bila Maz laks kata meknor akan datang jap lagi. Aku sememangnya nak ngelak dari dia hahaahhaa.. bukan apa, nanti dia buat muka sedih, muka merajukk dengan aku..aku ni memang tak bulih tengok muka-muka macam tu. Buat aku rasa bersalah je. Sebelum dia buat macam tu, lebih baik aku blah dulu.. Dia leh buat macam tu lain kali jek lah.. Lagipun aku nak cepat, akak aku ada urusan lain laks..Wink


Posted at 11:32 pm by azora
Comment (1)  

Wednesday, November 26, 2008
ALoss..

Harini tak abes-abes lagi pasal audit. Ingatkan dah setel semua. Letihnya. Sebenarnya aku tak faham apa yang berlaku. Lagipun aku tak larat nak pahamkan diri aku dengan situasi itu. Harini bos aku yang tengah training tu dipanggil ke opis segera..hahaha.. lepas tu kalut la dalam bilik meeting. Aku ni tak terlibat sepenuhnya dengan mereka. Sipi-sipi aje. Membantu sekadar perlu tapi penat nak mampos. Harini balik lambat, jam 6.15 petang. Lepas bos aku balik, aku pon balik la. Buat apa nak tunggu dalam opis, busan aku nengoknya.

Semalam ada dinner kat hotel JW Marriot, Putrajaya. Aku dipaksa pergi tapi aku berkeras tak mahu pergi. Paksa-paksa orang buat apa?..bos aku pon tak paksa aku.. ternyata bos aku lebih memahami. Dia lagi back-up aku adala. Aku busan la, hari-hari kat opis tengok muka yang sama. Kat luar pon nak jumpa muka yang sama ker... ? (tingat kat lecturer aku sebab dia penah membebel macam ni depan aku dan emma)

Biasa la kalau pergi hotel, kalau tak balik jam 12 tengah malam memang tak sah. Kekadang meleret-leret ke jam 1 pagi. Aku dah berpengalaman dalam hal ni cuma masa tu aku suka nak pergi sebab event tu menarik. Kalaupun balik lewat macam tu, kira ok la sebab dia buat hari jumaat. Sabtu pula cuti.

Pagi tadi dapat satu sms dari Liza. Benci betol aku sebab dia buat aku terkezut. Dia bagitau yang dia baru sampai di KLIA dan sedang tunggu kargo. Aku ni seronok giler bila dapat tahu. Leh la gi jenjalan malam ni. Ceh..podah je... rupanya dia datang sekejap aje. Flight ke Kuching malam ni, lepas maghrib. Agaknya sekarang ni dah sampai Kuching dah. Datang atas urusan kerja....wahwahwah..dapat kerja tak bagitau aku minah ni.

Tadi yang kelakarnya..maybe dia ingat sempat jumpa aku sekejap. Pastu leh sembang2..cerita2. Aku memang dah rasa ada benda yang dia nak citer tu tapi tamau cite dalam telefon. Bila memang tak dapat jumpe, baru la nak citer dalam telefon ekekeke... Aku nak keluar pun takleh sebab duk setel kerja untuk audit tu la.
Tapi dia cakap aku macam tak layan dia. Bengom sungguh la nko nih.. ikotkan hati, aku lempang2 je nko nih. Sesuka hati mak tiri nenek lembu dia je cakap camtuh.

Takpela.. kalau nak datang next time, habaq awal2.. toksah la nak wat tekezut2 macam ni... sebabnya nko sendiri pon terkezut gaks...ekekeeke Wink




Posted at 08:36 pm by azora
Make a comment  

Sunday, October 26, 2008
aDoiLa azOra...

Bila emma maklumkan aku yang namanya disenaraikan untuk menghadiri satu temuduga, aku pun tumpang gembira. Bila aku mengetahui tentang lokasinya, aku sedikit kecewa. Mana tidaknya, seandainya dia berjaya..tak mungkin dia akan berada disini lagi. Aku sendiripun sehingga ke saat ini belum berjumpa dengannya. Sory emma, aku belum cukup berani untuk sampai ke sana. Nantilah, akan aku usahakan.

 

Masih terngiang-ngiang ditelinga ini dengan bebelan kau tempoh hari. Aku ketawa bila kau kata…


sejak dari aku mula kawen dan pindah sini, sampai aku bersalin..kemudian sampai aku keguguran…kemudian sampai aku nak bersalin anak kedua ni, kau masih belum sampai kemari..lepas tu raya puasa, kemudian raya haji..tak juga kau sampai…bla..bla..blaa..

 

Adoilah emma, lama betul aku tak dengar kau membebel begitu. Kau selalu membebel-bebel pada aku. Walaupun kau kuat membebel, tapi masakan kau sedap hehe. Nasi goreng kau tu, walaupun berketul-ketul kau goreng tapi bagi aku sangat sedap rasanya. Kuah sayur buatan kau tu, selalu buat aku tambah nasi. Megi yang kau masak, selalu buat aku berjaya habiskan. Ikan kering yang kau goreng, pun sedap sangat rasanya. Apa yang kau bubuh dalam masakan kau tu, kau ada baca apa-apa ker.

 

Ning, kau panggil aku azora ye. Aku suka betul nama azora…rasa macam ayu dan jelita..kahkahkah.


Itu yang selalu kau kata pada aku, juga kepada kawan-kawan serumah. Setiap orang ada nama atas pemberian kau. Yang kelakarnya bila kau berikan Lenih dengan nama Shikin – penyanyi dangdut. Kau betul-betul mempraktiskannya dan nama-nama itu lekat sehingga kini. Lekat diingatan aku dan mungkin juga diingatan kawan-kawan kita yang lain. Blog ini dan nickname aku letakkan nama azora. Itu saja nama yang terlintas pada ketika aku mula-mula terlibat dengan dunia chat dan blog. Kau sendiripun sudah maklum.

 

Aku tak dapat bayangkan kalau kita berjumpa nanti. Lagipun kita dah terlalu lama tak bercerita. Aku suka dengar cerita kau. Selalu buat aku ketawa dan aku tidak bosan mendengarnya walaupun di waktu lainnya, kau masih ulang cerita yang sama.

 

Apapun, mudahan kau berjaya dalam temuduga itu.  Wink



Posted at 12:00 am by azora
Make a comment  

Saturday, October 25, 2008
Zakat untuk orang-orang kafir..???????????????

SHAH ALAM 22 Okt. - Dua anggota pembangkang mempersoalkan langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim yang mencadangkan agar kerajaan negeri menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor. Datuk Dr. Satim Diman (BN-Sri Serdang) dan Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) berkata, soal pengurusan wang zakat tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak dan dijadikan isu untuk kepentingan politik. Menurutnya, wang zakat yang dikumpul adalah untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan agama Islam.

Dr. Mohd. Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) membangkitkan perkara itu ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam. Beliau menegaskan bahawa ia merupakan soalan (kemusykilan) bukan usul. Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak cadangan tersebut dari dilaksanakan dalam negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat ketika ini.

Keseluruhan asnaf yang layak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah hanya kepada orang-orang Islam sahaja. Ia termaktub dengan jelas di dalam Al-Quran,

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan ibnu sabil. (Yang demikian itu) sebagai satu ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." [TMQ At-Taubah (9):60]

Justeru, amat naif sekali pandangan yang menyatakan agar zakat turut diberi kepada orang-orang kafir. Inilah akibatnya apabila konsep keadilan yang sama rata yang terdapat dalam fahaman sosialis ingin diterapkan ke dalam Islam. 'Keadilan' di dalam Islam langsung tidak sama dengan 'keadilan' yang ada di dalam Ideologi lain. Keadilan dalam Islam bukan bergantung pada kesamaan damal hal material yang dibahagikan kepada seseorang walaupun inilah makna keadilan yang terdapat di dalam Ideologi Sosiallis mahupun Kapitalis.

Islam memandang bahawa dua bahagian kepada anak lelaki dan satu bahagian kepada anak perempuan dalam masalah pusaka adalah adil. Islam memandang bahawa aurat lelaki dari pusat ke lutut dan aurat perempuan adalah keseluruhan anggota badan kecuali tapak tangan dan muka adalah adil. Islam memandang bahawa lelaki boleh kahwin sehingga empat manakala perempuan satu sahaja adalah adil. Dengan kata lain, keadilan di dalam Islam adalah dengan mengikuti setiap perintah dan larangan Allah, walaupun hak dan pembahagian tersebut tidak sama pada pandangan manusia. Hal ini berbeza dengan Ideologi Sosialis mahupun Kapitalis yang mengukur keadilan menggunakan akal.

Dalam Islam, orang Islam diwajibkan zakat, manakala orang kafir diwajibkan membayar jizyah. Pengiraan zakat telah tetap caranya, manakala jumlah jizyah bergantung pada pendapat Khalifah selaku ketua negara. Walaupun jumlah kedua tidak sama, namun ini adalah adil menurut Islam. Islam mengukur keadilan berdasarkan hukum wahyu, bukan hukum akal. Justeru, apa sahaja hukum yang ditetapkan oleh Allah, maka itu adalah adil bagi manusia. Sebagai Muslim, kita mesti ingat bahawa Allah adalah Pencipta Manusia, Pembuat Hukum, Maha Mengatur dan Maha Adil. Oleh itu, apa sahaja yang diputuskan oleh Allah yang berupa hukum-hukum syarak bagi manusia, maka kesemuanya adalah adil. Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka dia adalah zalim.

Jika direnung dengan teliti, pandangan ini juga merupakan manifestasi dari fahaman liberalisme yang sedang menular di kalangan umat Islam. Ia cuba meliberalkan semua perkara termasuklah hukum-hukum Allah yang qath'ie sifatnya. Idea yang dicanangkan oleh Barat ini telah mendapat tempat di kalangan orang-orang Islam yang jahil dan jauh dari Islam. Oleh kerana kejahilan di kalangan umat Islam itu sendiri, maka fahaman dan pemikiran asing yang merosakkan Islam boleh bercambah dengan suburnya. Hukum akal didewakan oleh golongan ini, manakala hukum wahyu ditinggalkan. Malang sungguh bagi umat Islam kerana di kalangan mereka, terdapat golongan seperti ini yang menjadi pemimpin.

ning << ngokngek nyer pemimpin, tak belajar agama langsung... spesis apa yek ni..

htm

Posted at 07:27 pm by azora
Make a comment  

Next Page